Friday, 22 February 2013

MAKAN PISANG UNTUK DIET

PISANG memang sering dijadikan buah pencuci mulut kerana ia antara buah tempatan yang mudah didapati di mana-mana. Hinggakan di kedai mamak pun kita boleh nampak pisang diletakkan bersebelahan dengan telur separuh masak bagi memudahkan kita mendapatkannya. Secara amnya, kandungan potasium pisang menyebabkan ia disyorkan oleh para doktor untuk pesakit yang kekurangan sumber itu.

Untuk info, sebiji pisang sepanjang 22 sentimeter (sm) mengandungi 600 miligram potasium. Menurut Penolong Setiausaha Persatuan Pakar Diet Malaysia yang saya baca dari akhbar kosmo, kajian makmal menunjukkan pisang mengandungi kanji sebanyak 20 peratus dan gula satu peratus.

Tambahan lagi jika pisang berubah warna menjadi kuning dan sedia untuk dimakan, kandungan gula akan terpecah kepada 66 peratus sukrosa, 14 peratus fraktosa, dan 20 peratus glukosa. Secara umum, pisang bebas daripada lemak, kandungan garamnya rendah serta kaya dengan vitamin serta potasium. Ini menyebabkan semua jenis pisang dikategorikan sebagai berkhasiat.

pisang-dan-diet


Dalam bidang perubatan di Thailand, pisang dianggap penting dalam bidang perubatan. Misalnya, wanita hamil digalakkan oleh doktor untuk makan pisang bagi memudahkan proses bersalin. Ia juga membekalkan tenaga bagi melawan dan menyembuhkan penyakit.

Khasiat Pisang

Beberapa kajian antarabangsa mendapati hampir 15 jenis masalah kesihatan boleh dikurangkan dengan memakan pisang.

  • Penyakit anemia iaitu kekurangan hemoglobin dalam darah boleh diatasi dengan memakan pisang kerana ia membantu meningkatkan pembentukan hemoglobin.
  • Kandungan potasium tinggi dalam pisang turut menolong merendahkan tekanan darah serta mengurangkan risiko strok.
  • Selain itu, kandungan fibernya yang tinggi dapat membantu masalah pembuangan air besar secara normal setiap hari.
  • Ia turut mengurangkan tekanan kerana sejenis protein dikenali sebagai Trytophan yang ada di dalamnya membantu menenangkan fikiran serta otak orang yang berada dalam tekanan.
  • Bagi orang yang bergelut dengan penyakit ketakutan, obesiti dan tabiat rokok, digalakkan mengamalkan pemakanan pisang dan mereka dipercayai mampu bebas daripada masalah itu secara beransur-ansur.
  • Kajian turut membuktikan bahawa seseorang yang berdepan masalah mabuk hamil khususnya wanita yang berasa mual dan muntah pada beberapa bulan pertama kehamilan, boleh mengambil pisang untuk mengelak masalah itu.
  • Di samping itu, mereka yang menghadapi masalah kegemukan akibat tekanan di tempat kerja boleh diatasi dengan memakan pisang setiap dua jam.
  • Ia dapat membantu menghilangkan tekanan kerja selain mengawal kandungan gula dalam darah. Bahagian dalam kulit pisang pula membantu memulihkan kegatalan akibat gigitan nyamuk.
Apa yang penting, kita perlu memberi tumpuan pada kesihatan dengan mengamalkan tabiat makan pisang.
Bagi anak-anak, kita sangat mudah untuk menyuruh mereka makan pisang kerana ia manis dan lembut. Ia boleh disediakan dalam bentuk kek, mufin dan roti pisang.

Selain itu, cara mudah dan lazat untuk menurunkan berat badan adalah dengan memanfatkan pisang. Diet dengan pisang dapat membantu mengurangkan nafsu makan. Selain detoksifikasi tubuh, pisang juga meningkatkan tingkat metabolisme yang akan menjadikan kita sihat.

No comments:

Post a Comment