Thursday 27 October 2011

KESIHATAN ADALAH HARTA PALING BERNILAI DAN KECANTIKAN ADALAH SATU BONUS

Untuk jadi cantik dan sihat selalu, yang penting, jangan berdengki pada orang. Apa yang ada di dalam hati kita, akan dapat dilihat di wajah kita. Rezeki masing2. Pemakanan kita juga perlu dijaga. Jangan ikut  selera tekak sahaja. 


Bagi mereka2 yang ada masalah kulit muka, anda boleh mencuba cara ini, iaitu dengan membasuh muka dengan air kelapa. Biarkan kering dan bilas dengan air bersih. Air mencuci beras juga dapat membantu. Air beras juga boleh digunakan untuk melicinkan kulit kita. Terutamanya bagi orang yang banyak bekas kudis2 di kaki. Siramkan di kaki, biar kering bilas. Begitu juga dengan kulit pisang. 

Di sini, saya ingin berkongsi petua amalan saya untuk sentiasa sihat dan cantik. Setiap pagi bangun tidur, tengok cermin, baca selawat 3 kali, baca doa Nabi Yusuf. Sebelum berus gigi, minum air suam, komor2, telan. Emzim yang ada dalam mulut kita, akan memudahkan kita buang air besar. Setengah jam sebelum makan makanan berat, minum air kosong (bukan air sejuk). Masa makan dan lepas makan sejam ke dua jam, barulah minum air. Ini akan megelakkan perut kita buncit dan mudah memerangkap angin dan mudah sakit perut dan tidak selesa. Jangan minum air sejuk lepas makan makanan berat sebab, air sejuk akan menyebabkan lemak keras dan tidak boleh hadam. Ini menyebabkan perut kita buncit. Elakkan minum air bergas dan beralkohol. 

Be healthier in 30 days



Shampoo hitamkan rambut