Tuesday, 12 February 2013

KEAJAIPAN ZIKIR


DOA MENJAGA HARTA DAN MENGHINDARI MUSIBAH

Tholq bin Habib meriwayatkan bahawa seorang lelaki datang kepada Abi Darda’ r.a lalu berkata: “Wahai Abi Darda’ rumah engkau telah terbakar.” Lalu Abu Darda’ berkata: “Tidak terbakar, Allah tidak akan melakukan demikian kerana kalimah-kalimah yang aku dengar daripada nabi s.a.w bahawa siapa yang mengucapkannya awal siangnya, ia tidak akan ditimpa musibah sehingga petang pada dirinya, keluarga dan hartanya; dan sesiapa yang mengucapkannya pada akhir siang, ia tidak akan ditimpa musibah sehingga pagi; dan aku telah mengucapkannya pada hari ini iaitu:

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّيْ لاَ إلَهَ إلاَّ أنْتَ، عَلَيْكَ تَوَكَّلْتُ وَأَنْتَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمِ، مَا شَاءَ اللهُ كَانَ وَمَا لَمْ يَشَأْ لَمْ يَكُنْ، وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إلاَّ بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ، أَعْلَمُ أنَّ اللهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ، وَأنَّ اللهَ قَدْ أحَاطَ بِكُلُِ شَيْءٍ عِلْمًا، اللَّهُمَّ إنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ نَفْسِيْ وَمِنْ شَرِّ كُلِّ دَابَّةٍ أنْتَ آخِذٌ بِنَاصِيَتِهَا، إنَّ رَبِّيْ عَلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيْمٍ
“Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tiada Tuhan kecuali Engkau. KepadaMu aku berserah diri, dan Engkaulah Tuhan (pemilik) ‘Arsy yang agung. Apa yang dikehendaki Allah pasti akan terjadi, dan apa yang tidak dikehendakiNya tidak akan terjadi, tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung. Saya mengetahui (mengimani dan meyakini), bahawa Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu, dan ilmu Allah meliputi segala sesuatu. Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kejahatan diriku dan dari kejahatan makhluk melata yang ubun-ubunnya (nasibnya) dalam genggamanMu, sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus.”

Kemudian dia berkata: “Bangunlah kamu bersama kami.” Lalu mereka bangun bersamanya sampailah ke rumah Abu al-Darda’. Lalu mereka rumah disekeliling rumah Abu Darda’ telah terbakar tetapi rumah Abu al-Darda’ tidak terjejas sedikit pun. (Riwayat ini dikemukakan oleh Ibn al-Sunni dalam kitab Amal al-Yaum wa al-Lailah dan al-Tabrani dalam Kitab Doa).

No comments:

Post a Comment