Saturday 28 September 2013

TIPS MENDAPATKAN ANAK LELAKI

Tips Mendapatkan Anak Lelaki (ikut Sains)

Bayi yang dilahirkan adalah terdiri daripada genetik antara ibu dan bapa itu sendiri.Sekiranya ibu membawa gen XX,maka si ibu
hanya mampu menyumbang gen X kepada bayi yang akan di
lahirkan.Manakala bagi bapa yang mempunyai gen XY,boleh menyumbang samada gen X atau gen Y kepada bayi mereka. Ini bermakna sperma yang dihasilkan adalah faktor samada anak yang dilahirkan adalah lelaki ataupun perempuan.

KITARAN HAID
Isteri perlu melihat kepada kitaran haid mereka kerana walaupun sperma lelaki adalah pantas tetapi jangka hayat mereka adalah pendek. Pihak lelaki perlu mengelakkan ejakulasi selama 4 atau 5 hari sebelum ovulasi perempuan.
Ovulasi adalah proses pelepasan telur yang telah matang dari dalam rahim dan pada masa itu wanita berada dalam keadaan subur dan terbaik untuk porses kehamilan berlaku
Oleh itu persetubuhan boleh dilakukan kira-kira 12 jam sebelum berlakunya ovulasi dan dari situ sperma lelaki yang masih aktif akan lebih cepat menembusi ovum dan kemungkinan bayi yang akan dilahirkan adalah lelaki.

EJAKULASI lebih Dalam
Selain itu,pancutan ejakulasi perlu dilakukan dengan lebih dalam kerana kerbiasaannya bahagian luar adalah lebih berasid berbanding bahagian dalam.

POSISI PERSETUBUHAN
Bagi posisi persetubuhan pula,adalah digalakkan dengan lelaki berada di atas perempuan. Teknik ini adalah untuk memudahkan sperma lelaki menembusi ovum kerana berada lebih dekat dengan ovum tersebut.

DIET
Suami digalakkan makan makanan daging terutama daging merah.
Snek masin seperti potato chips dan minuman berkafein.

TIPS MENDAPATKAN ANAK PEREMPUAN

Tips Mendapatkan Anak Perempuan (Ikut Sains)

KITARAN HAID

Lakukan Persetubuhan 3 hari sebelum ovulasi. Supaya sperma yang lebih lambat boleh menembusi Ovum.
Menurut Theory Shettles 1960, Sperma laki adalah lebih laju dari sperma perempuan dan sperma perempuan lebih sesuai dalam keadaan berasid.

SAFE SEX Sehingga Ovulasi
Selepas Bersetubuh 3 hari sebelum ovulasi, hanya adakan SAFE SEX (dgn kondom) selepas tu atau jangan adakan apa-apa persetubuhan sehingga 2 hari selepas ovulasi.

EJAKULASI TIDAK MENDALAM
Suami cuba ejakulasi sedekat dengan pintu Vagina (entrance of vagina). Ini kerana keadaan lebih berasid dan ia akan menghalang sperma lelaki. Suami kena berposisi baik.

TIDAK ORGASM
Isteri cuba untuk tidak Orgasm. Kerana Orgasm akan mengakibatkan Vagina lebih beralkali yang akan membantu Sperma Lelaki.

DIET
Lebihkan makanan manis dan makanan berkalsium. 

AMALAN UNTUK MEMPEROLEHI ZURIAT

Amalan untuk memperolehi zuriat Selepas Fajar ataupun Solat Subuh :

- Baca Bismillah 1 kali
- Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali.
- Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
- Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan. (Umpamanya: “Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat)
- Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.

Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus a

MAKANAN UNTUK MENINGKATKAN KESUBURAN

1. Daging Merah - Kandungan zat besi dalam daging merah mampu menurunkan risiko kemandulan yang timbul dalam proses ovulasi. Zat besi membantu meningkatkan sel darah merah juga mengurangi ancaman anemia.

2. Kacang - Kacang almond mampu meningkatkan ghairah seks wanita serta boleh melindungi embrio dari keguguran.

3. Tiram - Tiram mengandungi zat besi yang amat penting bagi kesihatan ovulasi dan produksi sel telur yang stabil. Selain tiram, zat besi juga terkandung dalam telur, biji-bijian dan kacang.

4. Kentang Panggang. Ia mengandungi vitamin B yang sangat tinggi. Kandungan vitamin B dan E ditemukan dalam makanan ini dan boleh meningkatkan pembelahan sel serta meningkatkan peluang produksi ovum yang sehat.

5. Buah-buahan Segar - Ini merupakan pilihan terbaik bagi lelaki yang ingin meningkatkan kehebatan mereka. Kandungan vitamin C yang tinggi amat untuk meningkatkan kualiti sperma. Amalkan memakan buah kiwi, mangga, atau strawberi.

6. Kacang Brazil - Ia benar-benar baik untuk membantu meningkatkan jumlah sperma. Ia kaya dengan selenium dan mampu meningkatkan hormon testosterone.

7. Bawang Putih - Ramai akui bawang putih boleh meningkatkan kesuburan orang lelaki.

8. Air - Sangat penting bagi kesihatan badan dan kesuburan seseorang. Sebaiknya minum air mineral atau air yang ditapis. Anda disarankan untuk minum 8 liter air dalam sehari semalam.

9. Sayur-sayuran berwarna Kuning, Oren dan Merah - Ia mengandungi banyak vitamin dan antioxidant untuk mencegah penyakit di samping meningkatkan kesuburan. Sayur sawi pula mengandungi banyak vitamin, zat besi dan antioxidant yang penting bagi kesihatan dan kesuburan. Folik penting untuk penetasan telur yang baik kualiti, mencegah kecacatan bayi serta mengurangkan risiko keguguran.

10. Kobis, Karrot, Brokoli, Kacang Hijau, Keledek Merah – Semua ini mengandungi banyak zat dan khasiat yang boleh membetulkan kitaran haid, mengimbangkan hormon subur dan seterusnya meningkatan kesuburan. Ia benar-benar baik untuk membantu meningkatkan jumlah sperma. Ia kaya dengan selenium dan mampul meningkatkan hormon testosterone.

11. Papaya, Jambu Batu, Buah Naga, Semangka, Buah Limau Nipis - Kaya dengan kandungan vitamin khususnya vitamin C yang penting untuk kesihatan dan kesuburan.

Monday 9 September 2013

4 GOLONGAN YANG PALING SERING DIGIGIT NYAMUK


4 Golongan Yang Paling Sering Digigit Nyamuk
Nyamuk adalah serangga tergolong dalam order Diptera; genera termasuk Anopheles, Culex, Psorophora, Ochlerotatus, Aedes, Sabethes, Wyeomyia, Culiseta, dan Haemagoggus untuk jumlah keseluruhan sekitar 41 genus yang merangkumi 3,500 spesies. Nyamuk mempunyai dua kepak bersisik ( scaled wings ), ( halteres ), tubuh yang langsing, dan enam kaki panjang; bersaiz berbeza-beza tetapi jarang sekali melebihi 15 mm.
Laporan terbaru menyebutkan sebagian dari kita digigit lebih banyak karena memiliki alasan berbeza. Adalah Smithsonian Magazine menerangkan bahawa ada sekitar 20% orang yang memiliki daya tarik lebih bagi serangga. Berikut, adalah ulasan menariknya seperti yang terdapat di Foxnews.
1. Jenis golongan darah
Seseorang yang memiliki jenis golongan darah O dan darah A dua kali lebih banyak digigit. Sedangkan seseorang yang memiliki golongan darah jenis B cenderung tidak memiliki daya tarik bagi nyamuk untuk digigit.
2. Setelah seseorang berolahraga
Saat tubuh berpeluh, pada saat itulah bagi nyamuk Anda sedikit lebih lazat.Sehingga Anda jadi lebih banyak digigit dibanding orang lain.
3. Alkohol
Satu botol yang dikonsume seseorang dapat meningkatkan daya tarik terhadap nyamuk sekitar.
4. Kehamilan
Seseorang perempuan yang sedang hamil pasti digigit nyamuk sekira dua kali lebih banyak dibanding orang lain. Hal itu terjadi kerana ibu hamil memiliki suhu tubuh yang hangat berbanding orang lain,dan juga mereka menghembuskan nafas 21% karbon dioksida lebih banyak.
Sentiasa pastikan kawasan persekitaran anda bersih dan terhndar dari nyamuk bagi mengelakkan jangkitan aedes dan sebagainya.

SAYANGILAH IBU

Photo: Sayangilah Ibu Kita

MAKSUD TERSEMBUNYI DARIPADA TANDA TANDA SAKIT DALAM BADAN


Maksud Tersembunyi Daripada Tanda-tanda Sakit Di Badan
Tanda-tanda sakit di badan memberi beberapa maksud tertentu. Kebanyakan orang salah faham akan perkara ini. Bacalah keterangan di bawah supaya anda memahaminya. Info di bawah ini antara info yang terbaik.
Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda kerana informasi ini cukup bagus sebagai bahan rujukkan. Apa apa pun, kalau ada masalah dengan tubuh badan cepat-cepat lah pergi ke klinik atau hospital walaupun sakit hanya datang sekejap saja kerana mungkin dengan datang sekejap adalah untuk memberi clue/hint yang kita ni sebenar nya sakit.

Maksud Tersembunyi Daripada Tanda-tanda Sakit Di Badan

1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).
a) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
b) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
c) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
d) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
e) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.
2. HIDUNG (Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong).
a) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
b) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
b) Bersin
i) Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
ii) Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
3. BATUK
a) Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b) Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.
c) Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.
4. KERONGKONG
a) Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
b) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.
5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)
a) Bibir pucat
i) Sistem penghadaman yang lemah.
ii) Perut mengandungi angin.
iii) Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
b) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.
6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.
a) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
b) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
c) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.
7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.
a) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
b) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.
8. KULIT Berpeluh :
a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.
9. RUAM DAN BISUL : Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.
10. KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.
11. KULIT PECAH DAN BERAIR : Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.
12. RAMBUT GUGUR : Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.
13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
a. Sakit Sendi
i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
b) KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
e) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
f) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).
14. TANDA-TANDA DALAMAN
A. KEPALA. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.
B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.
C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
a) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
b) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.
D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit migrain.
E. BISUL TERJADI DI KEPALA Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.
F. RASA PENING YANG MEMUSING Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.
15. MULUT/KERONGKONG/LIDAH
a) LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
b) MUNTAH DARAH
i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.
16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.
17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman
18. KENCING
a) KERAP KENCING Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran
b) AIR KENCING BERKAPUR Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.
19. BUANG AIR BESAR
a) CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
b) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.
c) NAJIS BERDARAH
i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.
20. BADAN
a) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
c) BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
d) BADAN TERASA RINGAN : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.
21. RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.
22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.
23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.
24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :
a) Sistem jantung yang lemah.
b) Sistem saraf otak yang lemah.
c) Masalah pengaliran darah.
25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.