Wednesday 16 October 2013

MENINGKATKAN KESUBURAN

~ Kesuburan pun ada turun naik...

Bagi anda yang inginkan cahaya mata pastinya mengharapkan kesuburan berada ditahap yang optimum.

Walaupun sebelum ini kita mudah sahaja untuk hamil, namun untuk kehamilan seterusnya tidak semestinya mudah untuk kita hamil.

Ini kerana kesuburan kita ada turun dan naiknya.

Kesuburan boleh berubah-ubah kerana pelbagai faktor antaranya adalah ambil pil perancang, peratusan lemak yang meningkat dan faktor usia.

Jadi disini saya cadangkan bagi anda yang ingin meningkatkan kesuburan haruslah melakukan beberapa aktiviti yang dapat meningkatkan kesuburan. Antaranya adalah:

- Perbanyakkan pengambilan buah dan sayur hijau.
- Elakkan 'fast-food'
- Jauhi rokok dan asap rokok
- Bersenam 5 kali seminggu dimana 30 minit bagi setiap sesi
- Pengambilan supplement seperti folic acid

Melalui mengubah corak hidup anda, pastinya kesuburan anda dapat ditingkatkan. Bukan itu sahaja, kesihatan anda pun makin bertambah baik.

KAFEINE DAN KESUBURAN WANITA

Bagi wanita yang subur, minum kopi yang mengandungi kafein yang banyak, tidak menjadi masalah. Bagi wanita yang agak sukar untuk hamil, elakkan terlalu minum banyak kafein.

Seorang wanita yang 5 tahun menunggu, dikurniakan zuriat setelah menghentikan pengalaman minum kopi setiap pagi selama 3 bulan..

Ia menjadi punca sebab ALLAH mahu memberikan anugerahNYA.