Wednesday, 20 March 2013

KHASIAT BUAH DELIMA


“Dan Dialah yang menurunkan hujan..Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus dan dari pohon-pohon tamar (kurma) dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaitun serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan” AL-ANAAM :99
Buah delima atau ar-rumman dalam bahasa Arab disebut tiga kali dalam Al-Quran. Ia antara pokok di syurga. Kini delima ditanam dari sejauh China sehinggalah California. Antara keunggulannya ialah susunan dalamannya. Apabila kulit berkilat buah ini dikupas, akan kelihatan kantung-kantung kecil berjus segar, manis masam rasanya. Kebanyakan budaya, delima melambangkan kesuburan dan panjang usia. Orang Cina misalnya menyajikannya sewaktu upacara perkahwinan karena ia dianggap lambang kesuburan, kemakmuran dan keturunan besar. Dalam zaman Nabi Musa as, delima sudah ditanam di Palestin, Syria dan Lebanon. Rimmon, kota silam yang dikatakan bandar Hebron kini, terkenal karena pengeluaran delima atau rumman, sempena namanya.
Nama perkebunan delima ialah Punica granatum diambil dari perkataan Perancis yang bermakna epal yang berbiji. Delima dipercayai berasal dari Iran, kawasan banjaran Himalaya dan utara India. Ia berkembang sebagai bahan masakan dan ditanam di pesisir Mediterranean, disesuaikan dengan kawasan suhu dingin dan panas. Delima tumbuh seperti pokok semak atau pokok biasa setinggi 3-6 meter, atau ada kalanya 9 meter. Biasanya daunnya luruh tetapi beberapa kawasan pula, pokoknya malar segar.
Buahnya mula berkurangan selepas usia 15 tahun. Namun delima sejenis pokok tahan lama sehingga 200 tahun. Bunganya berwarna keunguan, putih atau campuran dwiwarna. Ia digunakan sebagai celupan warna merah yang sudah digunakan berabad-abad di Asia Tengah. Daunnya berkilat dan kuat berbentuk perisai. Warna dan bunganya yang bagus terakam dalam maksud firman Allah swt. Keunggulan delima ialah susunan buahnya yang diperkukuh oleh tapal kulit yang memelihara mutu buah sehingga enam bulan. Delima boleh berbuah antara setahun dan tiga tahun selepas ditanam. Pasaran Timur Jauh adalah destinasi utama dagangan delima. Khasiatnya tinggi kaya dengan zat sodium, riboflavin, thiamine, niacin, vitamin C, kalsium dan forsforus. Ia juga sejenia penawar karena kandungan antioksidan yang tinggi bagi penyakit jantung, cepat tua dan barah. Biji delima yang kering digunakan untuk masakan asli India Utara. Bijinya adalah gantian kismis bagi bahan membuat kek.
Dalam perubatan Yunani dan homeopati, delima dapat mengubati cirit birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi dan kurang lawas penghadaman, membuang lemak dan juga mengeluarkan toksin dari badan. Pati Buah Delima kini boleh didapati dalam pelbagai produk seperti jus dan kapsul. 

POMEGRANATES HAVE MANY HEALTH BENEFITS

Have you eaten a pomegranate? The fruit features in Greek mythology in the story of Persephone, daughter of the harvest goddess Demeter. Hades, the lord of the underworld, kidnapped the beautiful maiden. Because she ate a few pomegranate seeds before being rescued, she had to spend several months every year in the underworld with him. According to the myth, that?s when the earth was forced to endure winter.

Modern stories about pomegranates are not quite as fanciful as the myth, but there is a lot of buzz lately about the exotic fruit. How much is supported by scientific research?

Pomegranates grow wild from Iran to northern India, but they are cultivated throughout India, the Middle East, southern Europe and California. Scientists in Israel have been conducting research on the health benefits of pomegranates and pomegranate juice for years, and now others have joined in.

What are pomegranates good for? Researchers report that they are rich in antioxidants that can keep bad LDL cholesterol from oxidizing (American Journal of Clinical Nutrition, May 2000). This degradation of LDL seems to be an initial step in the development of atherosclerosis. In addition, pomegranate juice, like aspirin, can help keep blood platelets from clumping together to form unwanted clots.

Does this make any difference clinically? More recent research has found that eight ounces of pomegranate juice daily for three months improved the amount of oxygen getting to the heart muscle of patients with coronary heart disease (American Journal of the College of Cardiology, Sept. 2005). Other researchers report that long-term consumption of pomegranate juice may help combat erectile dysfunction (Journal of Urology, July 2005).

Investigators are also excited about the possibility that pomegranate compounds might prevent prostate cancer or slow its growth. In mice, treatment with pomegranate extract delayed the development of tumors and improved survival (Proceedings of the National Academy of Sciences, Sept. 26, 2005). Other research reports suggest that pomegranate juice might help reduce the risk of breast cancer.

Even arthritis may yield to the power of pomegranates. Scientists at Case Western Reserve University have reported that tissue cultures of human cartilage cells respond to pomegranate extract. Inflammation is reduced and the enzymes that break down cartilage become less active (Journal of Nutrition, Sept. 2005). This is still far from a prescription for aching joints, but most experts agree that a little pomegranate won?t hurt and might help.

One traditional use of pomegranate juice is to calm diarrhea. We have seen no research supporting this claim, but we have heard from a reader with personal experience: ?One of the best things to take for diarrhea is pomegranate juice, which can be found in grocery stores. You can actually get constipated if you drink too much (as I found out!)?

A word of caution: Pomegranate juice appears to interfere with certain medications much as grapefruit juice does (Drug Metabolism and Disposition, May 2005). So when grapefruit juice is risky, pomegranate juice might be as well.

Persephone might have done better to resist eating pomegranate seeds, but modern science suggest most of us could benefit.


* * *
Joe Graedon is a pharmacologist. Teresa Graedon holds a doctorate in medical anthropology and is a nutrition expert. Their syndicated radio show can be heard on public radio. In their column, Joe and Teresa Graedon answer letters from readers. Write to them in care of this newspaper or e-mail them via their Web site: www.PeoplesPharmacy.com.

Friday, 15 March 2013

PETUA AMALAN BATUK BERKAHAK

Banyak sudut boleh dikaitkan dengan penyakit batuk berkahak terutamanya di bahagian sistem saraf tiroid. Bahagian-bahagian saraf tiroid merangkumi sistem pernafasan,apabila sistem pernafasan terganggu ia mudah di jangkiti kuman yang boleh mendatang lendir.Sistem pernafasan pula melibatkan ronga-ronga badan seperti:

-Hidung
-Mulut
-Telinga

Di bahagian inilah permulaannya punca batuk berkahak berlaku kerana ia adalah rongga yang mengambil oksigen dan mengeluarkan karbon dioksida.Tetapi sekiranya sistem ini terganggu ia akan memudaratkan pernafasan manusia sehingga lendiran yang dipanggil kahak akan bertempelan diliang-liang paru-paru.Di bahagiaan paru-paru pula adalah bahagian terpenting dalam pernafasan manusia.

Di peringkat awal yang boleh di kenal pasti ketika anda mengalami:
- Gatal di bahagian tekak
- Demam panas
 -Alergi yang tidak terkawal
- Selsema
- Batuk yang berleluasa

Inilah faktor utamanya yang akan memudahkan kuman menyerang tubuh bertambah lagi sistem immune tidak stabil dan antibodi terganggu disebabkan kuman yang terlalu banyak. Ini semua terjadi di atas pengambilan makanan yang tidak seimbang sehingga mengganggu sistem tiroid, yang pada mulanya hanya berpunca batuk kecil. Ia juga bersangkut paut dengan seseorang yang mempunyai penyakit alahan iaitu yang terlalu sensitif dengan keadaan sekeliling terutamanya pada suhu dan cuaca.Seseorang yang mengalami masalah alahan didalam sistem badannya terkandung lebihan lendiran disebabkan oleh pengawasan sistem yang lemah.

Batuk berkahak ini juga mudah berlaku kepada kanak-kanak terutamanya dalam usia 0-12 bulan kerana disebabkan tumbesaran dalam soal mengenal pasti sesuatu benda dengan memasukkan sesuatu kedalam mulut.Dalam kes sedemikian ibu bapalah yang perlu memainkan peranan untuk menjaga kebersihan agar sekurang-kurangnya tidak mendatangkan kemudaratan yang mendalam.Sekiranya rawatan batuk berkahak tidak diambil ia akan mendatangkan masalah di bahagian paru-paru.Ini disebabkan kerana kuman negatif berlawan dengan positif sehingga membuatkan terjangkitnya dibahagian paru-paru dan ini dipanggil penyakit paru-paru berair. Dengan adanya masalah paru-paru berair memudahkan seseorang mengalami penyakit asma.

Pengambilan yang perlu dicegah:
- Mengurangkan pengambilan makanan segera
- Air yang bergas
- Minuman yang berais

Amalan yang perlu dilakukan selalu:
- Minum air suam secukupnya
- Senaman
- Mengambil vitamin tambahan seperti vitamin c.

Manakala bagi kanak-kanak pula mengambil langkah seperti berikut:
- Membasuh tangannya selalu
- Bersihkan setiap mainan yang baru di beli dengan antiseptik
- Elakkan memberi makanan yang tidak sesuai dengan ususnya

HILANGKAN BATUK

Batuk akan menyebabkan rasa sakit di perut dan gatal-gatal di kerongkong. Cubalah mengikut petua ini:

KERAK NASI:

1. Ambil sedikit kerak nasi dan rendamkan dalam air suam. Apabila kerak nasi kembang, minum airnya. Amalkan setiap pagi.

BUAH PISANG:

2. Rebus beberapa biji buah pisang masak. Setelah lembik campurkan santan secukupnya serta sedikit garam dan perasa vanila. Setelah 20 minit, makanlah makanan tadi dengan mencampurkan sedikit gula. Selain anda mendapat kenikmatan suara anda semakin pulih.

SAYUR PEGAGA:

3. Tumbuk segenggam daun pegaga, hingga lumat dan tapis untuk mendapatkan airnya yang pekat. Campurkan dengan gula dan embunkan selama satu malam. Minum dua kali seminggu.


MADU LEBAH:

4. Campurkan dua sudu teh madu lebah (pastikan ianya asli) dengan air suam. Kacau sehingga sebati. Kemudian minum tiga kali sehari.

(2)

Mengurangkan Batuk

Ambil satu ataupun dua sudu nasi panas yang baru saja masak. Kemudian masukkan ke dalam cawan dicampurkan sedikit air. Setelah itu, embunkan nasi tersebut selama semalam. Keesokan harinya, minumlah air tersebut. Ulangi petua ini hingga beberapa hari. Insya Allah, batuk anda akan sembuh dengan segera.

Merawat Sakit Tekak;

Jika anda menghidap sakit tekak, anda perlu mendapatkan beberapa keping asam keping. Asam keping ini hendaklah dibakar hingga menjadi hangus. Setelah itu ditumbuk dan digaul dengan sedikit air sirih. Setelah itu sapukan pada bahagian tekak anda yang sakit. Insya Allah tekak anda akan sembuh seperti sediakala.

PETUA MENGURANGKAN BATUK

Apabila batuk kita pasti merasa kurang selesa lebih-lebih lagi jika ketika itu kita bersama seseorang atau berada di dalam bilik mesyuarat. Orang lain sudah pasti akan meleretkan matanya melihat kita yang sedang batuk. Secara tradisionalnya terdapat beberapa cara untuk mengurangkan dan seterusnya menghilangkan batuk.

Berikut adalah di antara petua untuk mengurangkan batuk;
  • Rendamkan sedikit kerak nasi dalam air suam. Apabila telah kembang, minum airnya pada setiap pagi.
  • Rebus beberapa biji pisang masak. Setelah lembik, campurkan santan secukupnya, sedikit garam dan perasa vanila. Kacau rata dan diminum airnya.
  • Tumbuk segenggam daun pegaga hingga lumat dan tapis untuk mendapatkan airnya yang pekat. Campurkan dengan gula dan embunkan selama satu malam. Air itu hendaklah diminum dua kali dalam seminggu.
  • Campurkan dua sudu teh madu lebah asli dengan air suam. Kacau sehingga sebati dan minum air tersebut tiga kali sehari.
  • Ambil dua sudu nasi panas yang baru masak. Masukkan nasi itu ke dalam cawan dan campurkan sedikit air. Embunkan nasi tersebut selama semalaman dan minum airnya pada esok paginya.
  • Ambil sebiji limau sunkist dan buatkan lubang berbentuk pangkah di bahagian tengahnya. Masukkan gula batu di lubang tersebut. Letakkan limau tersebut di dalam periuk di tengah-tengah nasi yang telah kering dan tutup periuk tersebut. Setelah nasi itu masak, ambil buah limau tadi dan makan sambil didahului dengan selawat. Ulang setiap kali memasak nasi sehingga sembuh. Selain melegakan batuk, nasi akan berbau harum.
  • Perah sebiji limau nipis dan campurkan dengan sedikit madu. Minum campuran ini setiap pagi sebelum sarapan. Amalkan sehingga batuk hilang.

Thursday, 7 March 2013

AMALAN DIPERMUDAHKAN JODOH

SURAH AL FURQAN AYAT 74

وَالَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا