Saturday, 23 February 2013
GOD'S PHARMACY
Friday, 22 February 2013
MAKAN PISANG UNTUK DIET
PISANG memang sering dijadikan buah pencuci mulut kerana ia antara buah tempatan yang mudah didapati di mana-mana. Hinggakan di kedai mamak pun kita boleh nampak pisang diletakkan bersebelahan dengan telur separuh masak bagi memudahkan kita mendapatkannya. Secara amnya, kandungan potasium pisang menyebabkan ia disyorkan oleh para doktor untuk pesakit yang kekurangan sumber itu.
Untuk info, sebiji pisang sepanjang 22 sentimeter (sm) mengandungi 600 miligram potasium. Menurut Penolong Setiausaha Persatuan Pakar Diet Malaysia yang saya baca dari akhbar kosmo, kajian makmal menunjukkan pisang mengandungi kanji sebanyak 20 peratus dan gula satu peratus.
Tambahan lagi jika pisang berubah warna menjadi kuning dan sedia untuk dimakan, kandungan gula akan terpecah kepada 66 peratus sukrosa, 14 peratus fraktosa, dan 20 peratus glukosa. Secara umum, pisang bebas daripada lemak, kandungan garamnya rendah serta kaya dengan vitamin serta potasium. Ini menyebabkan semua jenis pisang dikategorikan sebagai berkhasiat.
Dalam bidang perubatan di Thailand, pisang dianggap penting dalam bidang perubatan. Misalnya, wanita hamil digalakkan oleh doktor untuk makan pisang bagi memudahkan proses bersalin. Ia juga membekalkan tenaga bagi melawan dan menyembuhkan penyakit.
Khasiat Pisang
Untuk info, sebiji pisang sepanjang 22 sentimeter (sm) mengandungi 600 miligram potasium. Menurut Penolong Setiausaha Persatuan Pakar Diet Malaysia yang saya baca dari akhbar kosmo, kajian makmal menunjukkan pisang mengandungi kanji sebanyak 20 peratus dan gula satu peratus.
Tambahan lagi jika pisang berubah warna menjadi kuning dan sedia untuk dimakan, kandungan gula akan terpecah kepada 66 peratus sukrosa, 14 peratus fraktosa, dan 20 peratus glukosa. Secara umum, pisang bebas daripada lemak, kandungan garamnya rendah serta kaya dengan vitamin serta potasium. Ini menyebabkan semua jenis pisang dikategorikan sebagai berkhasiat.
Dalam bidang perubatan di Thailand, pisang dianggap penting dalam bidang perubatan. Misalnya, wanita hamil digalakkan oleh doktor untuk makan pisang bagi memudahkan proses bersalin. Ia juga membekalkan tenaga bagi melawan dan menyembuhkan penyakit.
Khasiat Pisang
Beberapa kajian antarabangsa mendapati hampir 15 jenis masalah kesihatan boleh dikurangkan dengan memakan pisang.
Bagi anak-anak, kita sangat mudah untuk menyuruh mereka makan pisang kerana ia manis dan lembut. Ia boleh disediakan dalam bentuk kek, mufin dan roti pisang.
Selain itu, cara mudah dan lazat untuk menurunkan berat badan adalah dengan memanfatkan pisang. Diet dengan pisang dapat membantu mengurangkan nafsu makan. Selain detoksifikasi tubuh, pisang juga meningkatkan tingkat metabolisme yang akan menjadikan kita sihat.
- Penyakit anemia iaitu kekurangan hemoglobin dalam darah boleh diatasi dengan memakan pisang kerana ia membantu meningkatkan pembentukan hemoglobin.
- Kandungan potasium tinggi dalam pisang turut menolong merendahkan tekanan darah serta mengurangkan risiko strok.
- Selain itu, kandungan fibernya yang tinggi dapat membantu masalah pembuangan air besar secara normal setiap hari.
- Ia turut mengurangkan tekanan kerana sejenis protein dikenali sebagai Trytophan yang ada di dalamnya membantu menenangkan fikiran serta otak orang yang berada dalam tekanan.
- Bagi orang yang bergelut dengan penyakit ketakutan, obesiti dan tabiat rokok, digalakkan mengamalkan pemakanan pisang dan mereka dipercayai mampu bebas daripada masalah itu secara beransur-ansur.
- Kajian turut membuktikan bahawa seseorang yang berdepan masalah mabuk hamil khususnya wanita yang berasa mual dan muntah pada beberapa bulan pertama kehamilan, boleh mengambil pisang untuk mengelak masalah itu.
- Di samping itu, mereka yang menghadapi masalah kegemukan akibat tekanan di tempat kerja boleh diatasi dengan memakan pisang setiap dua jam.
- Ia dapat membantu menghilangkan tekanan kerja selain mengawal kandungan gula dalam darah. Bahagian dalam kulit pisang pula membantu memulihkan kegatalan akibat gigitan nyamuk.
Bagi anak-anak, kita sangat mudah untuk menyuruh mereka makan pisang kerana ia manis dan lembut. Ia boleh disediakan dalam bentuk kek, mufin dan roti pisang.
Selain itu, cara mudah dan lazat untuk menurunkan berat badan adalah dengan memanfatkan pisang. Diet dengan pisang dapat membantu mengurangkan nafsu makan. Selain detoksifikasi tubuh, pisang juga meningkatkan tingkat metabolisme yang akan menjadikan kita sihat.
RAHSIA AYAT KURSI
14 Rahsia Hikmat Ayat Kursi
- Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allahsebagaimana Dia memelihara Nabi Muhammad SAW.
- Sesiapa berwudhuk lalu membaca ayat Al-Kursi sekali, nescaya Allah akanmeninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan paramalaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk sipembaca sehinggalah ke hari Qiamat.
- Sesiapa membaca Al-Kursi sebelum keluar rumah, maka Allah mengutuskan 70 000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan untuknya.
- Sesiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya.
- Membacanya dapat menghilangkan rasa marah, dijauhi bala bencana dan gangguan syaitan.
- Sesiapa membacanya ketika dalam kesempitan nescaya Allah azza wa jalla akan memberikan pertolongan kepadanya dan jika seseorang itu miskin akan menjadi kaya.
- Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran didepan matanya.
- “Sesiapa dikalangan umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan solat sunat dua rakaat, Allah memelihara daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.”
- Sesiapa membacanya nescaya Allah mengutuskan malaikat untuk menulis kebaikannya dan menghapuskan keburukannya dari detik itu sampai esok hari,
- Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, InsyaAllah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.
11. Sesiapa membaca ayat Al-Kursi sebanyak 170 kali:
- Di tengah malam atau dikuti solat Hajat, Insya Allah berhasil hajatnya.
- Memperolehi hidayah dan petunjuk dari Allah Subhanahu wa Ta’ala.
- Meningkatkan kecerdikan dan terang hati.
- Terlepas dari masalah dan kesukaran serta dimudahkan rezeki dan cita-cita.
12. Sesiapa membaca ayat Al-Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas solat fardhu, ia akan;
- Berada dalam lindungan Allah hingga solat yang lain dan terpelihara daripada tipudaya dan ganguan syaitan.
- Allah menganugerahkannya hati-hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala para nabi juga dilimpahkan padanya rahmat.
- Allah akan mengambil rohnya seperti orang yang berperang bersama para nabi sehingga mati syahid.
- Terpelihara dari kekerasan malaikat maut dan dibangkitkan bersama para Mujahid yang berjihad beserta para Anbiya.
- Allah Azza Wa Jalla tidak menegah akan dia daripada masuk syurga.
- Dikurniakan pahala seumpama pahala orang yang muttaqin dan pahala balasan amal orang-orang siddiqin iaitu syurga.
13. Sesiapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya;
- Allah S.W.T mewakilkan dua Malaikat memeliharanya dan menjaga selama tidurnya hingga subuh.
- Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga ke Subuh, dan mengurniakan kota nur menurut bilangan rambut dibadannya.
- Terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.
- Allah mengurniakan keselamatan kepadanya dan jiran- jirannya.
- Jika sipembacanya meninggal dunia pada malam itu, ia dikira mati syahid.
14. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan;
- Mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.
- Terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.
- Allah akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.
Thursday, 21 February 2013
AMALAN UNTUK RUMAHTANGGA BERKEKALAN
AMALKAN MEMBACA SURAH AL KAHFI AYAT 10 & 39.
Ayat 10
| Add caption |
(Ingatkanlah peristiwa) tatkala serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami".
.............................................................................................................................................................
Ayat 39
| Add caption |
"Dan sepatutnya semasa engkau masuk ke kebunmu, berkata: (Semuanya ialah barang yang dikehendaki Allah)! (tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah)? Kalau engkau memandangku sangat kurang tentang harta dan anak, berbanding denganmu.
Tuesday, 12 February 2013
TASBIH JUWAIRIAH
“Subhanallah wa bihamdihi ‘adada khalqihi, wa ridha nasihi wa zinata ‘arsyihi wa midada kalimatihi”
Artinya : “Mahasuci Engkau ya Allah, segala puji hanya bagi-Mu. Puji hamba sebanyak bilangan makhluk-Mu. Puji hamba seluas keinginan ridha-Mu. Puji hamba seberat perhiasan Arsy-Mu. Puji hamba sebanyak bilangan kalimat-Mu” (HR. Muslim)
Di dalam hadist yang diriwayatkan oleh imam muslim dari ummul mukminah juwairiyah (istri Rasulullah) di jelaskan bahwa pada suatu pagi, Rasulullah keluar dari rumah juwairiyah untuk pergi ke masjid melaksanakan shalat subuh, sedangkan ketika itu juwairiyah sedang berada di tempat sujud (sejadah). Ketika Rasulullah kembali dari masjid yang saat itu matahari telah terbit, Rasulullah mendapatkan juwairiyah masih duduk bersimpuh di tempat sujudnya semula. Lalu Rasulullah bertanya “wahai juwairiyah, adakah sejak tadi engkau duduk di tempat sujud (tidak bergerak)?”
Juwairiyah menjawab “Ya benar”
Rasulullah kemudian bersabda “Aku katakan kepadamu bahwa membaca empat kalimat sebanyak tiga kali, nilainya (disisi Allah) tidak kalah dengan bacaan (zikir apa saja) yang engkau baca sejak menjelang subuh hingga saat ini. Empat kalimat itu adalah membaca “Subhanallah wa bihamdihi ‘adada khalqihi, wa ridha nasihi wa zinata ‘arsyihi wa midada kalimatihi”.
Jadi barangsiapa membaca tasbih di atas sebanyak tiga kali, ia akan mendapat keutamaan di sisi Allah yang lebih besar daripada bacaan wirid apa saja yang dibaca sejak menjelang subuh hingga matahari terbit.
ZIKIR HARIAN
HARI AHAD: Ya Hayyu Ya Qayyum ( 1000 X )
HARI ISNIN: La haula wala quwwata illa billa hil 'aliyyil
'a ziim ( 1000 X )
HARI SELASA: Allahumma salli 'ala 'abdika warasulika wanabiyyikal amiina wa'ala alihi wasahbihi wasallim ( 1000 X )
HARI RABU: Astagh firullahal 'a ziim ( 1000 X )
HARI KHAMIS: Subhanallahii 'a ziim , Subhanallahi wabihamdihi ( 1000 X )
HARI JUMAAT: Ya Allah ( 1000 X )
HARI SABTU: La ilaha illallah ( 1000 X )
HARI SELASA: Allahumma salli 'ala 'abdika warasulika wanabiyyikal amiina wa'ala alihi wasahbihi wasallim ( 1000 X )
HARI RABU: Astagh firullahal 'a ziim ( 1000 X )
HARI KHAMIS: Subhanallahii 'a ziim , Subhanallahi wabihamdihi ( 1000 X )
HARI JUMAAT: Ya Allah ( 1000 X )
HARI SABTU: La ilaha illallah ( 1000 X )
KEAJAIPAN ZIKIR
DOA MENJAGA HARTA DAN MENGHINDARI MUSIBAH
Tholq bin Habib meriwayatkan bahawa seorang lelaki datang kepada Abi Darda’ r.a lalu berkata: “Wahai Abi Darda’ rumah engkau telah terbakar.” Lalu Abu Darda’ berkata: “Tidak terbakar, Allah tidak akan melakukan demikian kerana kalimah-kalimah yang aku dengar daripada nabi s.a.w bahawa siapa yang mengucapkannya awal siangnya, ia tidak akan ditimpa musibah sehingga petang pada dirinya, keluarga dan hartanya; dan sesiapa yang mengucapkannya pada akhir siang, ia tidak akan ditimpa musibah sehingga pagi; dan aku telah mengucapkannya pada hari ini iaitu:
اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّيْ لاَ إلَهَ إلاَّ أنْتَ، عَلَيْكَ تَوَكَّلْتُ وَأَنْتَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمِ، مَا شَاءَ اللهُ كَانَ وَمَا لَمْ يَشَأْ لَمْ يَكُنْ، وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إلاَّ بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ، أَعْلَمُ أنَّ اللهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ، وَأنَّ اللهَ قَدْ أحَاطَ بِكُلُِ شَيْءٍ عِلْمًا، اللَّهُمَّ إنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ نَفْسِيْ وَمِنْ شَرِّ كُلِّ دَابَّةٍ أنْتَ آخِذٌ بِنَاصِيَتِهَا، إنَّ رَبِّيْ عَلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيْمٍ
“Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tiada Tuhan kecuali Engkau. KepadaMu aku berserah diri, dan Engkaulah Tuhan (pemilik) ‘Arsy yang agung. Apa yang dikehendaki Allah pasti akan terjadi, dan apa yang tidak dikehendakiNya tidak akan terjadi, tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung. Saya mengetahui (mengimani dan meyakini), bahawa Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu, dan ilmu Allah meliputi segala sesuatu. Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kejahatan diriku dan dari kejahatan makhluk melata yang ubun-ubunnya (nasibnya) dalam genggamanMu, sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus.”
Kemudian dia berkata: “Bangunlah kamu bersama kami.” Lalu mereka bangun bersamanya sampailah ke rumah Abu al-Darda’. Lalu mereka rumah disekeliling rumah Abu Darda’ telah terbakar tetapi rumah Abu al-Darda’ tidak terjejas sedikit pun. (Riwayat ini dikemukakan oleh Ibn al-Sunni dalam kitab Amal al-Yaum wa al-Lailah dan al-Tabrani dalam Kitab Doa).
Subscribe to:
Posts (Atom)
