Saturday, 23 February 2013
GOD'S PHARMACY
Friday, 22 February 2013
MAKAN PISANG UNTUK DIET
PISANG memang sering dijadikan buah pencuci mulut kerana ia antara buah tempatan yang mudah didapati di mana-mana. Hinggakan di kedai mamak pun kita boleh nampak pisang diletakkan bersebelahan dengan telur separuh masak bagi memudahkan kita mendapatkannya. Secara amnya, kandungan potasium pisang menyebabkan ia disyorkan oleh para doktor untuk pesakit yang kekurangan sumber itu.
Untuk info, sebiji pisang sepanjang 22 sentimeter (sm) mengandungi 600 miligram potasium. Menurut Penolong Setiausaha Persatuan Pakar Diet Malaysia yang saya baca dari akhbar kosmo, kajian makmal menunjukkan pisang mengandungi kanji sebanyak 20 peratus dan gula satu peratus.
Tambahan lagi jika pisang berubah warna menjadi kuning dan sedia untuk dimakan, kandungan gula akan terpecah kepada 66 peratus sukrosa, 14 peratus fraktosa, dan 20 peratus glukosa. Secara umum, pisang bebas daripada lemak, kandungan garamnya rendah serta kaya dengan vitamin serta potasium. Ini menyebabkan semua jenis pisang dikategorikan sebagai berkhasiat.
Dalam bidang perubatan di Thailand, pisang dianggap penting dalam bidang perubatan. Misalnya, wanita hamil digalakkan oleh doktor untuk makan pisang bagi memudahkan proses bersalin. Ia juga membekalkan tenaga bagi melawan dan menyembuhkan penyakit.
Khasiat Pisang
Untuk info, sebiji pisang sepanjang 22 sentimeter (sm) mengandungi 600 miligram potasium. Menurut Penolong Setiausaha Persatuan Pakar Diet Malaysia yang saya baca dari akhbar kosmo, kajian makmal menunjukkan pisang mengandungi kanji sebanyak 20 peratus dan gula satu peratus.
Tambahan lagi jika pisang berubah warna menjadi kuning dan sedia untuk dimakan, kandungan gula akan terpecah kepada 66 peratus sukrosa, 14 peratus fraktosa, dan 20 peratus glukosa. Secara umum, pisang bebas daripada lemak, kandungan garamnya rendah serta kaya dengan vitamin serta potasium. Ini menyebabkan semua jenis pisang dikategorikan sebagai berkhasiat.
Dalam bidang perubatan di Thailand, pisang dianggap penting dalam bidang perubatan. Misalnya, wanita hamil digalakkan oleh doktor untuk makan pisang bagi memudahkan proses bersalin. Ia juga membekalkan tenaga bagi melawan dan menyembuhkan penyakit.
Khasiat Pisang
Beberapa kajian antarabangsa mendapati hampir 15 jenis masalah kesihatan boleh dikurangkan dengan memakan pisang.
Bagi anak-anak, kita sangat mudah untuk menyuruh mereka makan pisang kerana ia manis dan lembut. Ia boleh disediakan dalam bentuk kek, mufin dan roti pisang.
Selain itu, cara mudah dan lazat untuk menurunkan berat badan adalah dengan memanfatkan pisang. Diet dengan pisang dapat membantu mengurangkan nafsu makan. Selain detoksifikasi tubuh, pisang juga meningkatkan tingkat metabolisme yang akan menjadikan kita sihat.
- Penyakit anemia iaitu kekurangan hemoglobin dalam darah boleh diatasi dengan memakan pisang kerana ia membantu meningkatkan pembentukan hemoglobin.
- Kandungan potasium tinggi dalam pisang turut menolong merendahkan tekanan darah serta mengurangkan risiko strok.
- Selain itu, kandungan fibernya yang tinggi dapat membantu masalah pembuangan air besar secara normal setiap hari.
- Ia turut mengurangkan tekanan kerana sejenis protein dikenali sebagai Trytophan yang ada di dalamnya membantu menenangkan fikiran serta otak orang yang berada dalam tekanan.
- Bagi orang yang bergelut dengan penyakit ketakutan, obesiti dan tabiat rokok, digalakkan mengamalkan pemakanan pisang dan mereka dipercayai mampu bebas daripada masalah itu secara beransur-ansur.
- Kajian turut membuktikan bahawa seseorang yang berdepan masalah mabuk hamil khususnya wanita yang berasa mual dan muntah pada beberapa bulan pertama kehamilan, boleh mengambil pisang untuk mengelak masalah itu.
- Di samping itu, mereka yang menghadapi masalah kegemukan akibat tekanan di tempat kerja boleh diatasi dengan memakan pisang setiap dua jam.
- Ia dapat membantu menghilangkan tekanan kerja selain mengawal kandungan gula dalam darah. Bahagian dalam kulit pisang pula membantu memulihkan kegatalan akibat gigitan nyamuk.
Bagi anak-anak, kita sangat mudah untuk menyuruh mereka makan pisang kerana ia manis dan lembut. Ia boleh disediakan dalam bentuk kek, mufin dan roti pisang.
Selain itu, cara mudah dan lazat untuk menurunkan berat badan adalah dengan memanfatkan pisang. Diet dengan pisang dapat membantu mengurangkan nafsu makan. Selain detoksifikasi tubuh, pisang juga meningkatkan tingkat metabolisme yang akan menjadikan kita sihat.
RAHSIA AYAT KURSI
14 Rahsia Hikmat Ayat Kursi
- Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allahsebagaimana Dia memelihara Nabi Muhammad SAW.
- Sesiapa berwudhuk lalu membaca ayat Al-Kursi sekali, nescaya Allah akanmeninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan paramalaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk sipembaca sehinggalah ke hari Qiamat.
- Sesiapa membaca Al-Kursi sebelum keluar rumah, maka Allah mengutuskan 70 000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan untuknya.
- Sesiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya.
- Membacanya dapat menghilangkan rasa marah, dijauhi bala bencana dan gangguan syaitan.
- Sesiapa membacanya ketika dalam kesempitan nescaya Allah azza wa jalla akan memberikan pertolongan kepadanya dan jika seseorang itu miskin akan menjadi kaya.
- Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran didepan matanya.
- “Sesiapa dikalangan umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan solat sunat dua rakaat, Allah memelihara daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.”
- Sesiapa membacanya nescaya Allah mengutuskan malaikat untuk menulis kebaikannya dan menghapuskan keburukannya dari detik itu sampai esok hari,
- Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, InsyaAllah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.
11. Sesiapa membaca ayat Al-Kursi sebanyak 170 kali:
- Di tengah malam atau dikuti solat Hajat, Insya Allah berhasil hajatnya.
- Memperolehi hidayah dan petunjuk dari Allah Subhanahu wa Ta’ala.
- Meningkatkan kecerdikan dan terang hati.
- Terlepas dari masalah dan kesukaran serta dimudahkan rezeki dan cita-cita.
12. Sesiapa membaca ayat Al-Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas solat fardhu, ia akan;
- Berada dalam lindungan Allah hingga solat yang lain dan terpelihara daripada tipudaya dan ganguan syaitan.
- Allah menganugerahkannya hati-hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala para nabi juga dilimpahkan padanya rahmat.
- Allah akan mengambil rohnya seperti orang yang berperang bersama para nabi sehingga mati syahid.
- Terpelihara dari kekerasan malaikat maut dan dibangkitkan bersama para Mujahid yang berjihad beserta para Anbiya.
- Allah Azza Wa Jalla tidak menegah akan dia daripada masuk syurga.
- Dikurniakan pahala seumpama pahala orang yang muttaqin dan pahala balasan amal orang-orang siddiqin iaitu syurga.
13. Sesiapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya;
- Allah S.W.T mewakilkan dua Malaikat memeliharanya dan menjaga selama tidurnya hingga subuh.
- Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga ke Subuh, dan mengurniakan kota nur menurut bilangan rambut dibadannya.
- Terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.
- Allah mengurniakan keselamatan kepadanya dan jiran- jirannya.
- Jika sipembacanya meninggal dunia pada malam itu, ia dikira mati syahid.
14. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan;
- Mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.
- Terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.
- Allah akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.
Thursday, 21 February 2013
AMALAN UNTUK RUMAHTANGGA BERKEKALAN
AMALKAN MEMBACA SURAH AL KAHFI AYAT 10 & 39.
Ayat 10
Add caption |
(Ingatkanlah peristiwa) tatkala serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami".
.............................................................................................................................................................
Ayat 39
Add caption |
"Dan sepatutnya semasa engkau masuk ke kebunmu, berkata: (Semuanya ialah barang yang dikehendaki Allah)! (tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah)? Kalau engkau memandangku sangat kurang tentang harta dan anak, berbanding denganmu.
Tuesday, 12 February 2013
TASBIH JUWAIRIAH
“Subhanallah wa bihamdihi ‘adada khalqihi, wa ridha nasihi wa zinata ‘arsyihi wa midada kalimatihi”
Artinya : “Mahasuci Engkau ya Allah, segala puji hanya bagi-Mu. Puji hamba sebanyak bilangan makhluk-Mu. Puji hamba seluas keinginan ridha-Mu. Puji hamba seberat perhiasan Arsy-Mu. Puji hamba sebanyak bilangan kalimat-Mu” (HR. Muslim)
Di dalam hadist yang diriwayatkan oleh imam muslim dari ummul mukminah juwairiyah (istri Rasulullah) di jelaskan bahwa pada suatu pagi, Rasulullah keluar dari rumah juwairiyah untuk pergi ke masjid melaksanakan shalat subuh, sedangkan ketika itu juwairiyah sedang berada di tempat sujud (sejadah). Ketika Rasulullah kembali dari masjid yang saat itu matahari telah terbit, Rasulullah mendapatkan juwairiyah masih duduk bersimpuh di tempat sujudnya semula. Lalu Rasulullah bertanya “wahai juwairiyah, adakah sejak tadi engkau duduk di tempat sujud (tidak bergerak)?”
Juwairiyah menjawab “Ya benar”
Rasulullah kemudian bersabda “Aku katakan kepadamu bahwa membaca empat kalimat sebanyak tiga kali, nilainya (disisi Allah) tidak kalah dengan bacaan (zikir apa saja) yang engkau baca sejak menjelang subuh hingga saat ini. Empat kalimat itu adalah membaca “Subhanallah wa bihamdihi ‘adada khalqihi, wa ridha nasihi wa zinata ‘arsyihi wa midada kalimatihi”.
Jadi barangsiapa membaca tasbih di atas sebanyak tiga kali, ia akan mendapat keutamaan di sisi Allah yang lebih besar daripada bacaan wirid apa saja yang dibaca sejak menjelang subuh hingga matahari terbit.
ZIKIR HARIAN
HARI AHAD: Ya Hayyu Ya Qayyum ( 1000 X )
HARI ISNIN: La haula wala quwwata illa billa hil 'aliyyil
'a ziim ( 1000 X )
HARI SELASA: Allahumma salli 'ala 'abdika warasulika wanabiyyikal amiina wa'ala alihi wasahbihi wasallim ( 1000 X )
HARI RABU: Astagh firullahal 'a ziim ( 1000 X )
HARI KHAMIS: Subhanallahii 'a ziim , Subhanallahi wabihamdihi ( 1000 X )
HARI JUMAAT: Ya Allah ( 1000 X )
HARI SABTU: La ilaha illallah ( 1000 X )
HARI SELASA: Allahumma salli 'ala 'abdika warasulika wanabiyyikal amiina wa'ala alihi wasahbihi wasallim ( 1000 X )
HARI RABU: Astagh firullahal 'a ziim ( 1000 X )
HARI KHAMIS: Subhanallahii 'a ziim , Subhanallahi wabihamdihi ( 1000 X )
HARI JUMAAT: Ya Allah ( 1000 X )
HARI SABTU: La ilaha illallah ( 1000 X )
KEAJAIPAN ZIKIR
DOA MENJAGA HARTA DAN MENGHINDARI MUSIBAH
Tholq bin Habib meriwayatkan bahawa seorang lelaki datang kepada Abi Darda’ r.a lalu berkata: “Wahai Abi Darda’ rumah engkau telah terbakar.” Lalu Abu Darda’ berkata: “Tidak terbakar, Allah tidak akan melakukan demikian kerana kalimah-kalimah yang aku dengar daripada nabi s.a.w bahawa siapa yang mengucapkannya awal siangnya, ia tidak akan ditimpa musibah sehingga petang pada dirinya, keluarga dan hartanya; dan sesiapa yang mengucapkannya pada akhir siang, ia tidak akan ditimpa musibah sehingga pagi; dan aku telah mengucapkannya pada hari ini iaitu:
اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّيْ لاَ إلَهَ إلاَّ أنْتَ، عَلَيْكَ تَوَكَّلْتُ وَأَنْتَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمِ، مَا شَاءَ اللهُ كَانَ وَمَا لَمْ يَشَأْ لَمْ يَكُنْ، وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إلاَّ بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ، أَعْلَمُ أنَّ اللهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ، وَأنَّ اللهَ قَدْ أحَاطَ بِكُلُِ شَيْءٍ عِلْمًا، اللَّهُمَّ إنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ نَفْسِيْ وَمِنْ شَرِّ كُلِّ دَابَّةٍ أنْتَ آخِذٌ بِنَاصِيَتِهَا، إنَّ رَبِّيْ عَلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيْمٍ
“Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tiada Tuhan kecuali Engkau. KepadaMu aku berserah diri, dan Engkaulah Tuhan (pemilik) ‘Arsy yang agung. Apa yang dikehendaki Allah pasti akan terjadi, dan apa yang tidak dikehendakiNya tidak akan terjadi, tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung. Saya mengetahui (mengimani dan meyakini), bahawa Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu, dan ilmu Allah meliputi segala sesuatu. Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kejahatan diriku dan dari kejahatan makhluk melata yang ubun-ubunnya (nasibnya) dalam genggamanMu, sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus.”
Kemudian dia berkata: “Bangunlah kamu bersama kami.” Lalu mereka bangun bersamanya sampailah ke rumah Abu al-Darda’. Lalu mereka rumah disekeliling rumah Abu Darda’ telah terbakar tetapi rumah Abu al-Darda’ tidak terjejas sedikit pun. (Riwayat ini dikemukakan oleh Ibn al-Sunni dalam kitab Amal al-Yaum wa al-Lailah dan al-Tabrani dalam Kitab Doa).
ZIKIR PAGI DAN PETANG
Yang dimaksudkan dengan zikir pagi hari iaitulah zikir yang dibaca selepas solat Subuh sehinggalah sebelum terbitnya matahari. Manakala zikir petang pula adalah zikir yang dibaca selepas solat ‘Asar sehinggalah sebelum tenggelam matahari. Dalam masa yang sama sekiranya seseorang terlepas dari membaca zikir-zikir ini dalam waktu yang ditetapkan disebabkan halangan, maka tidak mengapa jika dibaca diluar dari waktunya.[1] Antara doa-doa tersebut ialah:
1. Daripada ‘Uthman bin ‘Affan RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: “Tiada seorang hambapun pada setiap pagi dan petang yang mengucapkan:
بِسْمِ اللهِ الَّذِيْ لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي اْلأَرْضِ وَلاَ فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ
Mafhumya: “Dengan nama Allah yang sesiapa berlindung dengannya, tiada sesuatupun yang dapat memberi mudharat kepadanya di langit mahupun di bumi, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. sebanyak tiga kali, tidak akan memudharatkanya sesuatupun.”[2]
2. Al-Imam al-Tirmizi meriwayatkan: “Sesiapa yang pada petang hari mengucapkan tiga (3) kali:
أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ
Mafhumnya: “Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna, dari setiap kejahatan yang ada” dia tidak akan disengat[3] pada malam tersebut.”[4]
3. Daripada ‘Abdullah bin Khubaib RA katanya: “Kami pernah keluar pada suatu malam ketika hujan dan sangat gelap mencari Rasulullah SAW untuk baginda menunaikan solat bersama kami, lalu kami menemui baginda, baginda bersabda: “Katakan!” namun aku tidak mengucapkan sesuatupun. Kemudian baginda bersabda lagi: “Katakan!” namun aku tidak mengucapkan sesuatupun. Kemudian baginda bersabda lagi: “Katakan!” lalu aku bertanya: Wahai Rasulullah, apa yang perlu aku ucapkan? Baginda bersabda: “Bacalah قُلْ هُوَ اللهُ أَحَدٌ dan dua surah pelindung (قُلْ أَعُوْذُ بِرَبِّ اْلَفَلَقِ dan قُلْ أَعُوْذُ بِرَبِّ النَّاسِ) ketika petang dan pagi tiga kali, perkara itu memadai untukmu dari setiap perkara.”[5]
4. Daripada Syaddad bin Aus RA, Nabi SAW bersabda: “Penghulu al-Istighfar ialah dengan mengucapkan:
اَللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّيْ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ، خَلَقْتَنِيْ وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوْءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوْءُ بِذَنْبِيْ فَاغْفِرْ لِيْ فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلاَّ أَنْتَ.
Mafhumnya: “Ya Allah! Engkau adalah Tuhanku[6], tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau, Engkaulah yang menciptakan aku. Aku adalah hambaMu. Aku sentiasa setia pada perjanjianku denganMu semampuku. Aku berlindung denganMu dari kejahatan yang aku lakukan. Aku mengakui kepadaMu banyaknya nikmatMu kepadaku dan aku mengakui juga banyaknya dosaku, oleh karena itu, ampunilah daku. Sesungguhnya tiada yangmengampuni dosa kecuali Engkau. Sesiapa yang mengucapkan istighfar ini pada siang hari (pagi hari), membenarkan dan berkeyakinan dengan isi kandungannya, jika dia mati pada hari tersebut sebelum petang, maka dia termasuk dari kalangan penghuni Syurga. Dan sesiapa yang mengucapkannya pada malam hari, membenarkan dan berkeyakinan dengan isi kandungannya, jika dia mati sebelum pagi hari, maka dia termasuk dari kalangan penghuni Syurga”[7]
5. Daripada ‘Abdullah bin Mas’ud RA katanya: “Dahulunya Nabi Allah SAW ketika petang hari akan mengucapkan:
أَمْسَيْنَا وَأَمْسَى الْمُلْكُ لِلَّهِ، وَاْلحَمْدُ لِلَّهِ، لَاإِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرُ، رَبِّ أَسْأَلُكَ خَيْرَ مَا فِيْ هَذَهِ اللَّيْلَةِ وَخَيْرَ مَا بَعْدَهَا، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا فِيْ هَذَهِ اللَّيْلَةِ وَشَرِّ مَا بَعْدَهَا، رَبِّ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْكَسَلِ وَسُوْءِ الْكِبَرِ، رَبِّ أَعُوْذُ بِكَ مِنْ عَذَابٍ فِي النَّارِ وَعَذَابٍ فِي الْقَبْرِ
Mafhumnya: “Kami telah memasuki waktu petang dan kerajaan hanya milik Allah, segala puji bagi Allah. Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya. BagiNya kerajaan dan bagiNya pujian. Dialah Yang Maha Berkuasa atas setiap sesuatu. Wahai Tuhan, aku mohon kepadaMu kebaikan di malam ini dan kebaikan sesudahnya. Aku berlindung kepadaMu dari kejahatan malam ini dan kejahatan sesudahnya. Wahai Tuhan, aku berlindung kepadaMu dari kemalasan dan dari kejelekan di hari tua. Wahai Tuhan! Aku berlindung kepadaMu dari siksaan Neraka dan kubur.”
Jika doa ini dibaca pada waktu pagi, lafaznya adalah seperti berikut:
أَصْبَحْنَا وَأَصْبَحَ الْمُلْكُ للهِ، وَاْلحَمْدُ لِلَّهِ، لَاإِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرُ، رَبِّ أَسْأَلُكَ خَيْرَ مَا فِيْ هَذَا الْيَوْمِ وَخَيْرَ مَا بَعْدَهُ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا فِيْ هَذَا الْيَوْمِ وَشَرِّ مَا بَعْدَهُ، رَبِّ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْكَسَلِ وَسُوْءِ الْكِبَرِ، رَبِّ أَعُوْذُ بِكَ مِنْ عَذَابٍ فِي النَّارِ وَعَذَابٍ فِي الْقَبْرِ
Mafhumnya: “Kami telah memasuki waktu pagi dan kerajaan hanya milik Allah, segala puji bagi Allah. Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya. BagiNya kerajaan dan bagiNya pujian. Dialah Yang Maha Berkuasa atas setiap sesuatu. Wahai Tuhan, daku mohon kepadaMu kebaikan hari ini dan kebaikan sesudahnya. Aku berlindung kepadaMu dari kejahatan hari ini dan kejahatan sesudahnya. Wahai Tuhan, daku berlindung kepadaMu dari kemalasan[8] dan dari kejelekan di hari tua[9]. Wahai Tuhan! Aku berlindung kepadaMu dari siksaan Neraka dan kubur.”[10]
6. Diriwayatkan oleh Ibn al-Sunniy daripada Abu Darda’ RA, Nabi SAW bersabda: “Sesiapa yang setiap pagi dan petang mengucapkan:
حَسْبِيَ اللهُ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ هُوَ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمِ.
Mafhumnya: “Memadailah bagiku dengan Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, kepadaNya aku bertawakal. Dialah Tuhan yang menguasai ‘Arsy yang agung, dibaca sebanyak tujuh kali, Allah akan mencukupkan apa yang dikehendakinya dari urusan dunia dan akhirat.”[11]
7. Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang pada pagi dan petang hari mengucapkan:
سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ
Mafhumnya: “Maha Suci Allah dan dengan segala pujian untukNya, seratus kali (100 kali), tidak akan datang pada hari kiamat seseorang lain membawa sesuatu yang lebih utama berbanding dengan apa yang dia bawa, melainkan seseorang lain yang datang dengan membawa ganjaran seperti yang dia baca atau orang itu membaca lebih daripadanya.”[12]
8. Di dalam Sunan al-Tirmizi, Abu Daud dan yang lainnya, Nabi SAW mengajar para sahabat baginda dengan berkata: “Apabila seseorang daripada kamu berada pada pagi hari hendaklah dia mengucapkan:
اَللَّهُمَّ بِكَ أَصْبَحْنَا، وَبِكَ أَمْسَيْنَا، وَبِكَ نَحْيَا، وَبِكَ نَمُوْتُ وَإِلَيْكَ النُّشُوْرُ.
Mafhumnya: “Ya Allah, dengan nikmat dan pertolonganMu kami dapat memasuki waktu pagi, dan dengan nikmat dan pertolonganMu kami memasuki waktu petang. Dengan nikmat dan pertolonganMu kami hidup dan dengan kehendakMu kami mati. Dan kepadaMu kebangkitan (bagi semua makhluk pada hari kiamat).” Apabila petang hari hendaklah dia ucapkan:
اَللَّهُمَّ بِكَ أَمْسَيْنَا، وَبِكَ أَصْبَحْنَا، وَبِكَ نَحْيَا، وَبِكَ نَمُوْتُ وَإِلَيْكَ الْمَصِيْرُ.
Mafhumnya: “Ya Allah, dengan nikmat dan pertolonganMu kami dapat memasuki waktu petang, dan dengan nikmat dan pertolonganMu kami memasuki waktu pagi. Dengan nikmat dan pertolonganMu kami hidup dan dengan kehendakMu kami mati. Dan kepadaMu kebangkitan (bagi semua makhluk pada hari kiamat).”[13]
9. Abu Hurairah meriwayatkan, Abu Bakr RA pernah bertanya kepada Nabi SAW:"Wahai Rasulullah ajarkan kepada saya bacaan yang perlu saya baca pada pagi dan petang hari, sabda Nabi SAW, bacalah:
اللَهُمَّ فَاطِرَ السَّمَوَاتِ وَاْلأَرْضِ، عَالِمَ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ، رَبَّ كُلِّ شَيْءٍ وَمَلِيْكَهُ، أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ نَفْسِيْ وَشَرِّ الشَّيْطَانِ وَشِرْكِهِ.
Mafhumnya: ”Ya Allah, Tuhan Yang Menciptakan langit dan bumi, Yang Maha Mengetahui, Yang Maha Mengetahui perkara yang ghaib dan nyata, Tuhan dan Raja kepada setiap sesuatu. Aku bersaksikan bahawa tidak ada tuhan yang berhak disembah melainkan Dikau, daku memohon perlindungan denganMu dari kejahatan diriku dan dari kejahatan syaitan dan sekutu-sekutunya.” Di dalam riwayat lain ada tambahan:
وَأَنْ أَقْتَرِفَ عَلَى نَفْسِيْ سُوْءًا، أَوْ أَجُرَّهُ إِلَى مُسْلِمٍ
Mafhumnya: ”dan aku (berlindung denganMu) dari berbuat kejahatan terhadap diriku sendiri atau mengenakannya kepada muslim lain.” Seterusnya baginda bersabda: “bacakan bacaan ini ketika waktu pagi dan waktu petang dan apabila engkau mendatangi tempat tidur.”[14]
10. Daripada Abdullah bin ‘Umar RA katanya: “Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan ungkapan-ungkapan doa ini ketika petang dan pagi:
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِي دِينِي وَدُنْيَايَ وَأَهْلِي وَمَالِي، اللَّهُمَّ اسْتُرْ عَوْرَاتِي ، وَآمِنْ رَوْعَاتِي، اللَّهُمَّ احْفَظْنِي مِنْ بَيْنِ يَدَيَّ، وَمِنْ خَلْفِي، وَعَنْ يَمِينِي، وَعَنْ شِمَالِي، وَمِنْ فَوْقِي، وَأَعُوذُ بِعَظَمَتِكَ أَنْ أُغْتَالَ مِنْ تَحْتِي
Mafhumnya: “Ya Allah sesungguhnya aku memohon keselamatan di dunia dan di akhirat, Ya Allah sesungguhnya aku memohon keampunan dan keselamatan agama dan dunia, ahli keluarga dan harta bendaku. Ya Allah tutupilah keaibanku, amankan daku dari semua ketakutan. Ya Allah peliharalah daku dari kemerbahayaan dari hadapan, dari belakang, dari sebelah kanan, dari sebelah kiri, dan dari arah atasku. Aku juga memohon perlindungan dengan keagunganMu dari bala bencana dari bawahku.”[15]
11. Di dalam Musnad Ahmad, hadis dari Abu Hurairah RA katanya: “Rasulullah SAW bersabda, siapa yang mengucapkan:
لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرُ
Mafhumnya: “Tiada Tuhan (yang berhak disembah) kecuali Allah, Yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagiNya. BagiNya kerajaan dan pujian. Dia Mahakuasa atas segala sesuatu, siapa yang membacanya sepuluh (10) kali pada pagi hari, Allah catitkan untuk seratus (100) kebaikan, dan dihapuskan darinya seratus (100) kejahatan, dan untuknya pahala seumpama memerdekakan seorang hamba, dan dia dipelihara pada hari tersebut sehingga ke petang hari. Sesiapa yang membacanya pada petang hari, ia akan memperolehi kelebihan seperti itu jua.”[16]
Zikir ini juga boleh dibaca seratus kali (100 x) setiap pagi[17] seperti yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah RA yang bermaksud:
“Sesiapa yang mengucapkan:
لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرُ
Seratus kali – 100 x – dalam sehari, baginya pahala seperti memerdekakan sepuluh – 10 – orang hamba, dicatitkan untuknya seratus kebaikan, dihapuskan seratus kejahatan dan dipelihara dari syaitan pada hari itu sehingga petang, dan tidak ada seseorang lain yang melakukan sesuatu yang lebih baik dari apa yang dilakukannya (dengan zikir tersebut), melainkan seorang lelaki yang melakukan (mengucapkanzikir tersebut) lebih banyak dari apa yang diucapkannya. Dan sesiapa yang mengucapkan:
سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ
Mafhumnya: “Maha Suci Allah dan dengan segala pujianNya” dalam sehari seratus kali, dihapuskan kesalahan-kesalahannya, sekalipun sebanyak buih di lautan.[18]
12. Daripada Abdul Rahman bin Abza (عبد الرحمن بن أبزى) RA yang berkata: Dahulunya Nabi SAW apabila pagi hari akan mengucapkan:
أَصْبَحْنَا عَلَى فِطْرَةِ اْلإِسْلاَمِ، وَكَلِمَةِ اْلإِخْلاَصِ، وَعَلَى دِيْنِ نَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَعَلَى مِلَّةِ أَبِيْنَا إِبْرَاهِيْمَ حَنِيْفًا مُسْلِمًا وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِيْنَ.
Mafhumnya: “Kami berada pada pagi hari dalam keadaan berpegang dengan fitrah (agama) Islam, dan kalimah al-Ikhlas[19], dan di atas agama Nabi kami Muhammad SAW, dan agama datuk kami Ibrahim, yang berdiri di atas jalan yang lurus, Muslim dan beliau bukanlah tergolong dari orang-orang musyrik.”[20]
13. Dari Ummu Salamah, Isteri Nabi SAW katanya: bahawa Nabi SAW selepas solat Subuh, sebaik sahaja memberi salam akan mengucapkan:
اللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَرِزْقًا طَيِّبًا، وَعَمَلًا مُتَقَبَّلًا
Mafhumnya: “Ya Allah daku memohon kepadaMu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima.” [21]
14. Dari Juwairiah RA, Nabi SAW pernah keluar dari sisinya pada awal pagi waktu Subuh pergi ke masjid, ketika itu Juwairiah berada di tempat solatnya. Kemudian baginda pulang setelah masuk waktu Dhuha, beliau masih duduk di tempat solatnya, lalu baginda bersabda: Kamu masih berada seperti keadaan ketika aku meninggalkan mu tadi? Beliau menjawab: Ya. Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya tadi aku telah ucapkan empat kalimat sebanyak tiga kali |3x|, sekiranya kalimat itu ditimbang dengan apa yang kamu baca dari tadi, sudah tentu kalimat yang aku baca tadi lebih berat, iaitulah:
سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ عَدَدَ خَلْقِهِ، وَرِضَا نَفْسِهِ، وَزِنَةَ عَرْشِهِ، وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ
[1] Fiqh al-Ad’iyah wa al-Azkar oleh al-Syeikh ‘Abd al-Razzaq bin ‘Abd al-Muhsin al-Badr
[2] Abu Daud, bil: 5088. Al-Tirmizi, bil: 3388. Dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih al-Jami’, bil: 6426.
[3] Asal lafaz hadis menyebut: حُمَةٌ iaitulah patukan setiap binatang berbisa seperti Kalajengking dan seumpamanya.
[4] Al-Tirmizi, bil: 3604. Dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih al-Jami’, bil: 6427.
[5] Abu Daud, bil: 5082. Al-Tirmizi, bil: 3575. Dinilai Sahih oleh al-Albani di dalm Sahih al-Targhib, bil: 649.
[6] Kalimah رَبٌّ yang diterjemahkan sebagai Tuhan membawa maksud Tuhan Yang Mencipta, Yang Memiliki, Yang Mentadbir dan Yang Memberi Rezki.
[7] Sahih al-Bukhari, bil: 6306.
[8] Dimaksudkan dengan “kemalasan” di sini iaitulah tiada dorongan diri untuk melakukan amalan kebaikan dalam keadaan ada kemampuan melakukannya, ia berbeza dengan orang yang tiada kemampuan, dimana mereka dianggap memiliki keuzuran.
[9] Dimaksudkan dengan “kejelekan hari tua”, iaitulah perkara yang menyusul apabila tua seperti nyanyok, banyak kekeliruan dan seumpamanya terdiri dari perkara-perkara yang buruk.
[10] Muslim, bil: 2723
[11] ‘Amal al-Yaum wa al-Lailah, bil: 71. al-Albani menilai riwayat ini Sahih kepada Abu Darda’, dan perkara seumpama ini tidak akan dinyatakan oleh Abu Darda’ dari semata-mata pandangannya, melainkan ia datang dari Nabi SAW.
[12] Muslim, bil: 2692. Zikir seumpama ini dianjurkan dihitung dengan jari-jemari berdasarkan perbuatan Nabi SAW dan ia lebih memurnikan niat. ‘Abdullah bin ‘Amr berkata: رَأَيْتُ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَعْقِدُ التَّسْبِيْحَ بِيَمِيْنِهِ bermaksud: “Aku melihat Rasulullah SAW menghitung ketika bertasbih dengan jari-jemari tangan kanan baginda.” (Abu Daud, bil: 1502. Dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih Abu Daud, bil: 1330)
[13] Al-Tirmizi, bil: 3391. Abu Daud, bil: 5068. Dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih al-Jami’, bil: 353.
[14] Al-Tirmizi, bil: 3392, 3529. Abu Daud, 5067, 5083. Dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih al-Tirmizi, bil: 2701.
[15] Abu Daud, bil: 5074. Ibn Majah, bil: 3871. Dinilai Sahih oleh al-Albani RH di dalam Sahih Ibn Majah, bil: 3121.
[16] Al-Musnad, 2/360. Dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam al-Sahihah 6/1/136-137.
[17] Kata al-Syeikh ‘Abdul Razaq bin ‘Abdul Muhsin al-Badr: zikir ini bukanlah dikhususkan pada waktu pagi sahaja, akan tetapi memelihara zikir ini pada pagi hari adalah lebih afdhal, kerana padanya ada unsur bersegera melakukan kebaikan, dan memperoleh pahala dan dipelihara dari syaitan pada permulaan hari, kerana itu para ulama memasukkanya di dalam zikir pada pagi hari.”
[18] Al-Bukhari, bil: 3293. Muslim, bil: 2691.
[20] Musnad Ahmad, 3/407. Dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih al-Jami’, bil: 4674
[21] Musnad Ahmad 6/322. Sunan Ibn Majah, bil: 925. Dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih Ibn Majah, bil: 753.
[22] Tasbih dan Pujian yang layak kepada Allah SWT, yang tidak mampu dihitung dan dikira.
[23] Tasbih dan Pujian yang menandakan keagungan dan kemuliaan Allah menyamai keredhaanNya SWT, iaitulah yang tidak ada penghujungnya
Labels:
AMALAN HARIAN,
AMALAN MURAH REZEKI,
KNOWLEGDE,
MURAH REZEKI,
RELIGION
Subscribe to:
Posts (Atom)